“Hidup Sebatang Kara, Nak Kerja Tak Boleh” -Ramai Puji Pemuda Bersedekah Dengan Pakcik Ni Walaupun Tak Banyak

Bersyukur atas apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita kerana di luar sana masih ramai yang tidak bernasib baik. Sifat bersyukur itu bukan sahaja untuk rezeki kita tetapi meliputi semua aspek dalam kehidupan kita.

Setiap manusia tidak ingin dilahirkan tidak sempurna atau tidak berkeupayaan. Semuanya mahukan kehidupan yang sempurna.

Seperti seorang warga tua yang tidak berkeupayaan dan tidak boleh berjalan yang videonya telah dimuatnaik oleh seorang pemuda yang simpati terhadap nasibnya.

Warga tua tersebut tidak boleh berjalan dan lvmpuh dari paras pinggang dan ke bawah kerana kemal4ngan dari tahun 1997 lagi.

Beliau mencari sesuap nasi dengan meminta bantuan dari orang yang simpati dengan nasibnya di hadapan sebuah bank di Kok Lanas Kelantan.

Video:

@hanifasyraf1

Hidup sebatang kara , Nak kerja tak boleh . Allahuakbar kuat sgguh ujian pakcik ni ?#sedekah #nakbersihkandiri #EmotionsInPortraitChallenge

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

Menurut beliau lagi, beliau sebatang kara di dunia ini, tidak mempunyai anak dan isteri. Beliau hidup sendirian kerana tidak ingin berkahwin dan tidak mahu menyusahkan bakal isterinya nanti. Setiap 2 hari beliau akan berulang alik dari rumah ke tempat tersebut dengan menumpang orang.

Bila melihat kesungguhan pak cik itu membuatkan kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita.

Komen Netizen:

Kita yang masih sihat ini haruslah menjadikannya sebagai contoh dan hargai hidup ini dan jaga diri dari melakukan apa yang membah4yakan diri anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*