“Kita Perlu Mempraktikkan Bahasa Kebangsaan,”- Merupakan Bekas Pelajar UiTM Alor Gajah, Miss Universe Malaysia 2020 Berkongsi Kisah Hari Malaysia

 

Bulan Ogos sudahpun berlalu dan kita sudah menyambut Hari Merdeka pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Kini, kita mendekati pula sebuah lagi tarikh yang bersejarah bagi rakyat Malaysia secara umumnya iaituHari Malaysia yang akan jatuh pada 16 September ini. Hari Malaysia merupakan hari yang menandakan pembentukan negara ini sebagai sebuah negara yang disertai oleh Sarawak, Sabah dan Singapura (kemudian keluar dari gagasan Malaysia pada 1965) ketika itu.

Sempena dengan kempen Kita Malaysia anjuran Ideaktiv yang dibawakan oleh jenama Media Hiburan, Remaja dan Keluarga, Francisca Luhong James yang merupakan anak jati Sarawak dan juga Miss Universe Malaysia 2020 telah berkongsi pendapat tentang perihal menjadi anak Malaysia dan pengalamannya dalam mewakili negara ketika pertandingan Miss Universe 2020 yang lalu.

“Bagi saya menjadi rakyat Malaysia, kita harus praktikkan bahasa kebangsaan kita di kalangan semua rakyat. Ia memang perkara yang harus kita pelajari dan bagi saya semua rakyat Malaysia perlu faham bahasa kebangsaan negara ini. Apatahlagi kalau kita ke luar negara, bila orang dengar kita bercakap dalam bahasa kita sendiri tidak secara langsung mereka teruja untuk lebih faham dan mempelajarinya,” ujar Fran apabila ditanya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Merupakan Miss Universe Malaysia pertama yang berasal dari kaum pribumi Sarawak. Gadis yang berketurunan Kayan, Kenyah dan Iban ini bangga dengan kepelbagaian budaya yang Malaysia miliki. Tambahan lagi dia merupakan anak bumiputera Sarawak pertama yang mewakili negara.

Bangga membawa nama Malaysia, Fran tidak melepaskan peluang membawa mesej mengangkat Malaysia dan memperkenalkan negara ini dengan lebih mendalam, “Sewaktu bertanding di pentas antarabangsa. Ramai juga yang kenal Malaysia tetapi mereka tidak faham tentang kududukan geografi negara yang dibahagikan kepada Semenanjung dan juga Malaysia Timur yang merangkumi Sabah dan Sarawak. Jadi ketika itu Fran banyak bercerita kepada mereka tentang Malaysia dan menceritakan identiti native Malaysia yang jarang diceritakan di pentas Miss Universe.”

Ketika hari konvokesyen di UiTM

Menceritakan tentang latar belakang pendidikannya, gadis berusia 25 tahun ini merupakan graduan lepasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Teknologi MARA cawangan Alor Gajah, Melaka. Asalnya, dia mahu mengambil jurusan Kewartawanan namun apabila menerima surat tawaran dia ditempatkan sebagai pelajar perhubungan awam.

Video:

Sumber gambar: Instagram Francisca Luhong James

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*