Suami Tak Kisah Adira Nak ‘Tutup Kilang’ Selepas Bersalin Anak Keempat

Penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sedang s4rat mengandung tujuh bulan. Tambah Adira, dia dijangka melahirkan anak keempat pada hujung bulan September atau Oktober depan.

Saya tak mahu hamil lagi

Menerusi laporan Berita Harian, Adira memberitahu dia mahu ‘tutup kilang’ selepas memiliki empat cahaya mata. Pelantun suara ‘Ombak Rindu’ ini berasa cukup sekiranya dikurniakan dua pasang cahaya mata.

Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya. Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin. Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab.

Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan. Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah. Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya.


Ujar Adira lagi, dia memilih tidak terlalu aktif meskipun pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.

Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan. Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG). Kali ini, saya aktif dan agak lasak.

Mengulas mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia belum bersedia mended4hkan hal tersebut.

Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata. Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*