Ada Yang Tak Setuju Dengan Ketegasan Johan Ketika Ajar Anak Mengaji – “Pleaselah Jangan M4rah Macam Ni”

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Johan, Ozlynn mended4hkan gaya yang ditunjukkan oleh suaminya ketika mengajar anak-anak mengaji.

Menerusi beberapa keping gambar dan video yang dimuat naik, Johan dilihat memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya dengan nada suara yang berbeza. Ada kala suara Johan kedengaran tegas dan adakalanya ditinggikan.

Menerusi ruangan kapsyen, Ozlynn menulis yang selama ini, ramai yang ingin menghantar anak mereka belajar mengaji bersama Johan.

Offer diri

“Nampak macam bestkan? Bila post gambar atau video papa ajar mengaji. Semua sibuk nak hantar anak dekat papa (Johan) untuk ajar mengaji. Siap ada yang offer diri juga… yang tua pun nak mengaji tapi nak papa ajar. Berani ke?

“Tengoklah dan telitilah setiap video dalam ni semua ok. Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga… sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiih. T4kut kalau bab mengaji atau harfiah dia ajar. Tak ada nego ya, rotan tetap dekat tangan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata memberikan respons positif dan bersetuju dengan gaya pengajaran yang diterapkan oleh Johan.

Begitupun, lain pula kisahnya di Twitter. Ramai yang mengkr1tik ketegasan Johan itu dan menasihati supaya tidak menggunakan kekerasan sewaktu mengajar.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Emosi

“I can feel the emotional heartbreak. Tiba-tiba rasa nak men4ngis sekali. Parents, pleaselah jangan m4rah macam ni dengan anak-anak, terutama masa didik agama. Tak kisahlah lepas tu kau minta maaf, hug, belanja makan ke apa. Kesan emotional breakdown tu boleh stay tak tau berapa lama.”

“Kenapa kena ajar mengaji g4rang-g4rang? Serious curious dari dulu. Kalau sebab nak bagi cepat tangkap macam tak make sense. Masa saya dekat tadika dulu, ustazah ajar baik-baik dan kalau salah cuma kena tegur, elok je saya cepat catch up, 5 tahun dah habis Iqra’ dan start Al-Quran. So what is the reason?”

Namun, ada juga yang menegaskan bahawa ketegasan ketika pembelajaran mampu menjadikan pelajar itu lebih serius.

Serius

“Ada sebab kenapa orang ajar mengaji dalam keadaan pressure macam ni. Kalau tak dim4rah, budak akan rasa benda tu tak serius. Bila dah serius dia akan mengaji betul-betul. Bila dah betul, kuranglah kena m4rah. Sumpah teringat kenangan belajar mengaji dengan arw4h atok.

“Elok lagi ni ayah sendiri yang ajar. Zaman aku kena hantar mengaji dengan tok yang garang. Aku mengaji kat luar, tok duk jerit dari dapur.”

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*