Tak hirau b0dy sh4ming, pemuda ini ligat menari sebaik diajak naik pentas… dah boleh jadi ahli ke-5 Dolla

AKSI seorang lelaki yang lincah menari bersama empat anggota kumpulan Dolla ternyata mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Penangan video yang tular di TikTok tersebut menyebabkan Nazrin Ibrahim, 24, turut diberi gelaran sebagai anggota kelima kumpulan popular itu.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Nazrin mengakui teruja apabila diberi peluang untuk menari bersama kumpulan itu dalam sebuah acara di Angsana Johor Bahru Mall pada Sabtu petang.

“Dalam acara itu, ada beberapa artis seperti Kaka Azraf, Joe Flizzow, SonaOne, Haqiem Rusli dan Dolla. Saya dan rakan sekerja memang pergi ke acara itu untuk tengok Dolla.

“Ketika Dolla buat persembahan, saya turut menari di bawah. Jadi pengacara majlis nampak saya dan panggil naik. Sejujurnya sangat teruja sebab dapat menari lagu Bad bersama Dolla.

“Dolla pun nampak terkejut sebab setiap detail koreografi mereka saya hafal. Bila kongsi video di media sosial, ramai pula yang kata saya anggota kelima Dolla,” ujarnya berseloroh.

Menurut pegawai khidmat pelanggan itu, dia meminati Dolla sejak tahun 2020 dan sering menghafal rentak tari kumpulan itu sebagai hobi masa lapang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Di sebalik kenangan manis dapat menari bersama Dolla, Nazrin berkata dia juga tidak dapat menutup mulut segelintir individu yang berkata neg4tif mengenai fizikalnya.

“Setakat ini saya nampak ada beberapa komen neg4tif. Sebelum ni kalau saya post video pun, banyak je orang yang kec4m. B0dy sh4ming paling banyak. Tapi saya anggap itu biasa, tak semua orang suka kita.

“Lain manusia lain pandangannya. Kepada orang di luar sana, jangan pernah takut untuk serlahkan bakat anda. Kalau takut, mana nak datang keyakinan diri? Bila kita tunjuk bakat, mesti ada orang tak suka.

“Alhamdulillah, bila saya tunjuk bakat menari, ada juga orang yang jadikan saya sebagai inspirasi. Mereka tengok keyakinan saya tinggi sebab saya berbadan besar. Dengan sokongan ramai, saya jadi lebih yakin. Saya pun bersemangat untuk terus menari,” ujarnya lagi.

nazrin2

Nazrin teruja pertama kali bertemu dengan anggota Dolla pada Sabtu.

Menurut anak jati Perak itu, dia juga mahu menitipkan ucapan penghargaan kepada kumpulan Dolla atas bakat yang dipamerkan selama ini.

Kata Nazrin, dia mahu melihat Dolla meneroka dunia dan menjadi salah sebuah kumpulan paling berjaya di Malaysia.

dola 4

Ramai netizen memuji keyakinan yang ada pada Nazrin.

“Saya mula minat Dolla pada tahun 2020. Awal-awal kemunculan mereka, saya pernah buat dance cover dan mereka repost di Instagram. Kali ini, saya pertama kali dapat jumpa mereka depan-depan.

“Atas pentas mereka nampak profesional ketika buat persembahan, kemudian bila jumpa, mereka sangatlah merendah diri. Saya harap Dolla dapat bawa nama Malaysia ke negara luar. Terima kasih kerana beri inspirasi kepada saya,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel popular dengan lagu Dolla Make You Wanna, Watch Me Glow dan Raya Raya Raya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*