Pensyarah pemurah buat ‘give away’ kucing BSH! 5 sahabat dapat si bulus percuma… Ramai cembvru siap sanggup jadi pelajar

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling diminati ramai kerana dikatakan memberi banyak manfaat untuk kesihatan mental mahupun fizikal kepada pemilik termasuk menjadi teman sejati bagi mereka yang tinggal bersendirian serta jauh dari keluarga.

Bagi pencinta haiwan, walau baka apa sekalipun, haiwan itu akan tetap disayangi dan dijaga bagai ahli keluarga sendiri.

Namun jika menerima baka mahal seperti British Shorthair (BSH) secara percuma, pastinya perhatian yang lebih akan diberikan seperti yang dilakukan sekumpulan anak muda ini.

Mana tidaknya, ras tertua dunia yang berasal dari Eropah itu adalah antara 10 baka yang paling digemari serta mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, g4dis yang dikenali sebagai Yasmin menyatakan dia dan rakan-rakan sangat teruja tatkala menerima anak kucing baka BSH daripada pensyarah mereka bernama Muhaymin secara percuma.

Disebabkan perkongsiannya itu, video tersebut mendapat tontonan lebih 785,000 pelayar sehingga kini.

Menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya berjaya memiliki anak kucing tersebut, Nurisyamin Izzati Syukri berkata, pada awalnya dia hanya bergurau menyatakan ingin memelihara haiwan tersebut.

“Encik Muhaymin merupakan felo kolej kediaman. Setiap kali dia membersihkan kucing peliharaannya, saya dan rakan-rakan akan pergi ke rumahnya untuk bermain dengan kucing-kucing peliharaannya.

“Ada satu hari, kami nyatakan hasrat untuk memiliki kucing… tapi dia cakap kena tunggu tempoh menyvsu habis baru boleh ambil.

Yasmin bersama anak kucing peliharaannya.

Yasmin bersama anak kucing peliharaannya.

“Ingatkan perkara tu tak serius… tiba-tiba suatu hari dapat mesej dalam grup WhatsApp suruh kami datang bawa kolar untuk pilih anak kucing,” ujarnya ketika dihubungi mStar baru-baru ini.

Mengakui terkejut dengan mesej yang diterima pada May lalu, gadis berusia 22 tahun itu berkata pada ketika itu dia tidak sabar untuk memiliki si sbulus idamannya.

Tambahan pula kata Yasmi, pensyarah mereka itu akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kebetulan dia adakan open house pada hari tersebut. Jadi pemberian anak kucing BSH tu sebagai simbolik duit raya daripadanya.

“Kesemua kawan saya yang ada dalam video tu dapat anak kucing secara percuma.

“Ada sembilan ekor anak kucing yang baru dilahirkan, selain saya dan rakan-rakan… Encik Muhaymin juga bagi pada anak kawannya yang tak mampu membeli kucing,” katanya berkongsi cerita.

Anak kucing dijadikan angpow raya.

Anak kucing dijadikan ‘angpow’ raya.

Menurut anak jati Setiu, Terengganu itu lagi, dia bersyukur kerana mendapat seorang pensyarah yang pemurah dan baik hati.

“Dia tak ada masalah untuk menjaga kucing tambahan pula ada anaknya yang turut membantu untuk membersihkan kucing-kucing berkenaan.

“Sikapnya yang sangat sporting dan pemurah menyebabkan dia sanggup memberikan anak kucing daripada baka mahal kepada orang lain secara percuma,” katanya sambil menambah pensyarah terbabit merupakan seorang yang tegas dan garang.

Berkata lanjut, pelajar Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Johor menyatakan pensyarah berusia lingkungan 40-an itu bukanlah tenaga pengajar kursus pengajiannya tetapi merupakan felo yang dikenali selepas dia terlibat dalam Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) di kolej.

Anak kucing baka BSH yang diberikan felo kolejnya.

Anak kucing baka BSH yang diberikan felo kolejnya.

Terdahulu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian warganet berikutan baka kucing mahal tersebut diberikan secara percuma.

Rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu dan ada juga yang bergurau ingin mendapatkan lokasi untuk menjadi pelajar pensyarah terbabit.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*