S4yu si comel ini minta ‘nak masuk balik dalam perut mama’… umur 6 tahun masih tak boleh jalan, tul4ng p4tah lebih 50 kali

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Suara seorang bayi dalam sebuah video yang men4ngis sambil mengerang kes4kitan mengundang seb4k sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menurut si ibu, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, anak perempuannya, Khayla Adha Mirza Imran, mempunyai masalah tul4ng rapuh atau Osteogenesis Imperfecta sejak lahir.

“Anak saya ada penyakit Brital Bones Disease iaitu tul4ng rapuh.

“Masalah ni dapat dikesan masa saya mengandung enam bulan. Saya jumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan. Masa imbas kaki kiri dia tak nampak, rupanya terlipat ke dada ak1bat p4tah.

“Selepas dilahirkan, bermula umur 30 hari saya dah hantar buat rawatan kemoterapi (phamidoronate) sebanyak dua hingga tiga bulan sekali,” jelas Khairol Niza atau senang disapa Niza ketika dihubungi mStar.

Menurut wanita yang menetap di Pulau Pinang ini, anaknya yang kini berusia enam tahun sudah menanggung der1ta p4tah tvlang lebih 50 kali sepanjang usianya.

Dia yang menjual donat dan bomboloni bersama suami, Imran Mohd Yusoff, 43, berkata segala kos rawatan serta ubat-ubatan ditanggung oleh mereka berdua.

Tambahnya lagi, Khayla yang hanya mampu terbaring dan duduk di atas katil terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Khayla tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak lain walaupun telah mancapai usia enam tahun.

“Banyak kali tvlang dia p4tah. Bahagian retak tak terkira banyaknya. Rasa s4kit p4tah tu sama macam kita semua. Dia pernah cakap pada saya, Boleh tak Khayla nak masuk dalam perut mama balik? Khayla nak makan bagi kuat baru keluar balik.

“Khayla pernah juga beritahu dia teringin sangat nak berjalan. Kami pun berharap dia dapat uruskan diri sendiri sekurang-kurangnya berjalan untuk ke tandas.

“Sampai sekarang Khayla masih pakai pampers. Dia pakai dari jenama MamyPoko saiz XXL sebab hanya brand dan saiz ni saja sesuai untuk dipakai. Dia tak boleh pakai kain lampin atau seluar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Pembalut, ubat tahan s4kit ibuprofen, supplement untuk kalsium dan kos perbelanjaan lain untuk rawat Khayla memang tinggi. Kami tanggung semuanya sendiri. Berniaga di pasar malam ni macam biasalah, tak menentu… kadang kita dah standby nak keluar, hujan. Memang untung RM1 pun tak adalah,” jelasnya.

Pada 2020, ujar ibu tiga cahaya mata ini, pembed4han dilakukan terhadap Khayla tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana usaha itu gagal, menyebabkan mereka tr4uma untuk meneruskan ikhtiar melibatkan pembed4han.

Bagaimanapun, setelah dua tahun berlalu, pasangan ini bersedia mencuba sekali lagi melakukan pembed4han di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur yang menelan perbelanjaan sebanyak RM140,000.

Antara kos rawatan terp4ksa ditanggung oleh pasangan ini.

“Dulu masa pembed4han masukkan wayar kedua-dua kaki gagal sampai kami tr4uma nak teruskan. Tapi sekarang kami dalam proses untuk buat rawatan dengan seorang doktor yang pernah berjaya buat pembed4han kepada dua pes4kit macam Khayla.

“Tapi kos agak tinggi. Sekarang pun dia ada jalani rawatan stem cell d0s pertama dengan belanja RM11,400 dan 12 d0s lagi selama enam bulan iaitu dua minggu bagi setiap d0s berjumlah RM2,400 tidak termasuk kos pergi balik dan penginapan sehari.

“Sekarang tahap kesihatan Khayla bergantung kepada pergerakannya. Minggu ni Khayla p4tah bahagian paha dan betis,” ujarnya.

Khayla mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang.

Susulan perkongsian oleh Ajib_Junior di TikTok yang meraih lebih 300,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Khayla.

Tambah Niza, dia mengharapkan netizen terus menitipkan doa agar dia dan suami terus kuat menempuhi ujian dan dugaan diberikan olehNya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*