Pelvk Pinggang & Saling Berpandangan, Netizen ‘Bersemut’ Tengok Pre-Wedding Mas Idayu

Tinggal seminggu saja lagi, penyanyi dangdut Mas Idayu bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihan hati Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September ini.

Jika minggu lalu majlis bersiram, terbaru Mas Idayu berkongsikan momen fotografi ‘pre-wedding’ di Avani Sepang Resort yang ditaja oleh Magica.

Ketika sesi fotografi itu, Mas Idayu dilihat cukup cantik mengenakan busana gaun pengantin berwarna putih bersama bakal suaminya, yang segak memakai sut hitam.

Menerusi entri itu, Mas Idayu turut mengucapkan terima kasih kepada penaja terbesar iaitu jenama barangan kemas Habib Jewels. 

Perkongsian Mas Idayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar untuk menantikan Jumaat depan dimana pasangan itu akan disatukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)


Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan penyanyi itu dan mengatakan Mas Idayu sangat bahagia dan gembira serta mendoakan agar urusan perkahwinan dipermudahkan.

Difahamkan, majlis pernikahan Mas Idayu bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.rotikaya.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*