“Terpaling penat tu,” – [VIDEO] Gelagat kucing tidur berdengkur cvri perhatian ramai

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @jeeranuar memaparkan seekor kucing yang kelihatan sedang tidur di atas sebuah kerusi.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kucing tersebut yang tido sambil berdengkur, tambahan pula menurut pemiliknya si bulus itu merupakan kucing betina.

“Kucing aku ni memang rosak kot. Kucing bersaka manusia h e l p ,” tulis @jeeranuar di ruangan kapsyen.

Video:

@jeeranuar

Replying to @Sheena Rashid Kamsiran kucing aku ni memang rosak kot. Kucing bersaka manusia h e l p 😭 #cat #catsoftiktok #kucingtiktok #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 304.2k tontonan, 46.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok jeeranuar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*