Sering Dikaitkan Dengan Wanita, Shuib Kongsi Video Lawat Pus4ra Siti Sarah; “12 September, Hanya Ada Ini…”

Sejak kehilangan isteri tercinta, nama Shuib banyak dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk selebriti seperti Zara Zya dan Wan Sharmila.

Terbaharu, Shuib dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Kisah percintaan mereka dihidu netizen yang membuat andaian kedua-duanya pergi bersama-sama menonton konsert Anuar & Ziana Zain pada Ogos lalu dan terbaharu mereka turut berpakaian sedondon menonton konsert kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19.

Bersempena ulang tahun kelahiran ke-38 Shuib yang disambut semalam, bapa kepada empat cahaya mata itu meluangkan masa menziarahi pus4ra Allahyarham isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang men1nggal dvnia pada 9 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad memuat naik gambar batu nisan dan pusara Siti Sarah yang terletak di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

“Hari ini 12 September, hanya ada ini… Happy Birthday Shahmira Bin Muhamad,” tulis Shuib ringkas.

@shafiqabuuu

Happy Birthday bang @Shuib Sepahtu

♬ original sound – Shafiq Sharip – Shafiq Sharip

Penerangan ringkas yang dibuat Shuib itu mungkin bagi menjawab persoalan netizen yang kini mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan seseorang.

Menerusi pemerhatian yang dibuat di laman Instagram wanita tersebut, dia juga dilihat telah menutup ruangan komen di kedua-dua hantarannya berkaitan konsert-konsert yang pernah dihadirinya itu.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq m4tin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

Komen netizen:

Foto:  Instagram Shuib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*