“Tak Nampak Ke Orang Buat Apa..” – Kalini Jep Dengan Saiful Apek, Jarang Terjadi Pada ‘Punchline’ Jep Kalini

Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak, pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara dan penghibur Malaysia. Apek pernah diberi jolokan sebagai “Pelawak No.1 Negara”semasa zaman kegemilangannya dan juga gelaran “Sifu” oleh pelawak-pelawak masa kini.

Sehingga kini, aura dan kredibiliti beliau sebagai seorang pelawak tiada tolok banding dan gantinya. Apek terkenal sebagai seorang pelawak intelektual yang berilmu dalam setiap tutur kata dan adabnya semasa memberikan hiburan.

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya.

Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik boy_jerr menunjukkan Apek telah menjadi salah seorang artis jemputan di rancangan Sepahtu Reunion Live. Apek yang melakonkan watak Kamal melontarkan dialog secara spontan sehingga Jep terdiam untuk membalasnya.

Ramai netizen terhibur melihat aksi Jep terdiam dan mengatakan jarang Jep tidak boleh membalas. Ada juga mengatakan Jep sedang berhati-hati dalam melontarkan dialog dan ‘punchline’ beliau kerana beliau bersama dengan bukan calang-calang ‘legend’ iaitu Saiful Apek.

VIDEO;

@boy_jerr

Membalas kepada @mhdfyq ada pepatah dari apek😂 #fypシ #foryourpage #sepahtureunionlive #apeksenario

♬ bunyi asal – grow up – cb

Klip video tersebut mendapat perhatian ramai dan mempunyai sebanyak 533.8K tontonan, 22.3K sukaan dan 133 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; Tiktok / https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*