” Lain macam betul haiwan peliharan dia.” – Lena betul tu tidur dengan ‘Katak’ sampai tak lepas

Bak kata pepatah lama orang dulu-dulu la kan, lain orang lain minatnya. Setiap orang mempunyai keinginan dan minat yang berlainan. Ada yang minat haiwan seperti kucing tapi ada juga yang tidak suka kucing.

Disebabkan itulah mungkin pepatah itu diwujudkan. Pernah kita dengar orang jadikan haiwan yang pelik seperti biawak, cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan tapi pernahkah kita semua dengar orang jadikan katak sebagai haiwan peliharaan?

Bagi menjawab soalan itu, sebenarnya ada yang jadikan katak sebagai haiwan peliharaan, siap bawak tidur dengan katak itu sekali pun ada iaitu seorang budak lelaki yang rakaman video dirinya yang sedang tidur sambil memegang katak itu dirakam oleh ibunya dan dimuatnaik di laman sosial.

Menurut ibu kepada budak lelaki itu anaknya bukan tidur sambil memegang patung seperti teddy bear tetapi seekor katak. Walaupun sudah lena dibuai mimpi tapi katak itu tidak terlepas dari tangannya malah katak itu kelihatan selesa di dalam genggaman tangannya.


Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang meluahkan rasa geli mereka terhadap katak itu kerana katak bukanlan haiwan kesukaan ramai kerana ianya tergolong dalam haiwan yang menggelikan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/kongsi.viral/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*