[VIDEO] Mat Saleh ‘Feeling’ Tengok Mat Kilau Sampai Berlinang Air M4ta

Baru-baru ini filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang telah mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September menerima pelbagai respon daripada penonton tempatan.

Walau bagaimanapun, lain pula reaksi yang ditunjukkan oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat ini yang dilihat begitu menghayati jalan cerita Mat Kilau.

Pada mulanya dia kelihatan agak bosan dan mengantuk untuk terus menonton filem itu namun kembali teruja tatkala filem terbabit memaparkan beberapa adegan tempur. Mungkin tidak mampu menahan seb4k, wanita itu kemudian mengalirkan air m4ta!

Difahamkam wanita tersebut merupakan isteri kepada seorang pemuda kelahiran Malaysia yang menetap di luar negara.

Video:

@jaibhrdn

Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata 😂

♬ Funny Song – Cavendish Music

Reaksi yang dikongsikan oleh suaminya itu mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain apabila rata-rata memuji wanita itu kerana begitu menjiwai jalan cerita filem Mat Kilau sehingga ke tamat walaupun bukannya berketurunan Melayu.

Bukan itu saja, turut ada juga penonton yang memberi komen bahawa mereka juga turut merasa sedih semasa menonton Mat Kilau disebabkan ekspresi dari barisan pelakon yang berjaya menjiwai watak mereka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*