“Harap-harap GV final nanti, Shila bawak lagu ni…konfem semua penonton men4ngis” – Ramai tersentuh mendengar suara Shila Amzah menyanyikan lagu sambil seb4k

NurShahila “Shila” Amir Amzah merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Beliau merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, beliau mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil.

Shila mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun dan mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 beliau mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Shila menjadi lebih terkenal dengan single “Patah Seribu” (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok miliknya iaitu shilaamzahofficial menunjukkan beliau sedang merakam dirinya yang sedang menyanyikan lagu bertajuk Sisa Rasa milik Mahalini Maharja yang diterbitkan pada tahun 2021.

Klip video tersebut menunjukkan Shila sangat mendalami lirik lagu tersebut sehingga matanya berkaca sambil menyanyikan lagu milik penyanyi Indonesia itu.

Video:

@shilaamzahofficial

#sisarasa #fy

♬ original sound – shahilaamzah – shahilaamzah

Rata-rata peminatnya yang melihat dan mendengar video nyanyiannya itu turut seb4k dan mengatakan nyanyian Shila itu sangat menusuk kalbu.

Ada juga peminat yang menyuruh agar pihak Gegar Vaganza 9 memberikan Shila untuk menyanyikan lagu tersebut di pentas rancangan itu. Ramai juga mengatakan, apabila mereka mendengar nyanyian Shila ini, termenitik air mata mereka.

Klip video ini mempunyai sebanyak 95.1K tontonan, 11.1K sukaan dan 165 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*