[VIDEO] Gelagat kucing ‘beratur’ minta makanan buat ramai terhibur

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @dayanamrys memaparkan suasana sebuah gerai jualan nasi.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat seekor kucing yang seakan beratur di kalangan pelanggan gerai tersebut, sambil berpaut pada meja tanda meminta sesuatu daripada pemilik gerai.

“Made my morning. I love cats sm,” tulis @dayanamrys di ruangan kapsyen.

Video:

@dayanamrys

Made my morning 😭💙💙 I love cats sm 😭

♬ tiktok ・ Song sung by a cat(932399) – Kids Sound

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 490.1k tontonan, 72.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok dayanamrys

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*