Minah salih tak suka siput sedut masak lemak, rasa biasa-biasa… “Terlalu banyak kerja untuk daging yang sedikit”

MALAYSIA sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong asing kerana diibaratkan sebagai ‘syurga makanan’.

Justeru tidak hairanlah rata-ratanya meletakkan Malaysia antara negara yang wajib dikunjungi bukan sahaja kerana suasana yang harmoni dan kepelbagaian budaya, tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat.

Selepas kali pertama mencuba, ada yang terus jatuh cinta dan memuji makanan Malaysia, namun ada juga hidangan yang kurang ‘kena’ dengan tekak mat salih mereka.

Seorang wanita warga Amerika dikenali sebagai Lilith, sememangnya terkenal di laman TikTok kerana kerap memuat naik video mengenai riviu pengalamannya mencuba pelbagai jenis makanan serta mengunjungi lokasi menarik di Malaysia.

Rakaman mengenai pengalamannya mencuba hidangan siput sedut masak lemak cili padi di sebuah restoran, mencvri tumpuan netizen.

Berjaya menyedut isi siput sedut, Lilith dengan jujur memberikan riviu peribadinya mengenai hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

“Tidak banyak daging di dalamnya dan agak sukar untuk mengeluarkannya. Rasanya tidak begitu istimewa. Terlalu banyak kerja untuk daging yang sedikit,” tulisnya pada video tersebut.

SIPUT 1

Lilith dalam riviu jujurnya mengakui ‘tidak berbaloi’ menikm4ti hidangan siput sedut.

Tambah wanita itu lagi, dia berkemungkinan tidak mahu mencuba hidangan tersebut buat kali kedua.

Bagaimanapun riviu jujur wanita tersebut tidak langsung membuatkan netizen Malaysia mel3nting atau tergvris.

Malah ada yang turut senada dengan pandangannya dan berpendapat hidangan siput sedut agak leceh untuk dimakan lebih-lebih lagi mengundang ‘bunyi sedutan’ untuk menikm4tinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya tak makan dekat tempat ramai orang. Tak nikmat. Ia mengundang bunyi pelik.

“Setuju… saya warga Malaysia tapi tak suka apabila kena beriya-iya untuk daging yang sedikit.

“Awak akan rasai nikmatnya jika makan di rumah. Tapi saya gembira sekurang-kurangnya kamu mencuba,” demikian antara reaksi netizen.

KOMEN SIPUT

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian video riviu Lilith.

Dalam pada itu, ada juga yang menegur cara sedutan Lilith yang salah.

“Kamu kena sedut dari depan, bukan belakang. Hanya sedut dari belakang jika tak berjaya,” tegur netizen.

Video tersebut meraih 54,700 jumlah tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*