Bermalam hotel bertemakan penj4ra, lelaki ini kongsi pengalaman lucu buat ramai netizen geli hati

Kreatif mengubah suai bilik hotel bertemakan penj4ra, lengkap dengan tirai besi dan kelengkapan baju b4nduan! Bayangkan bagaimana perasaan kalian apabila diberikan pilihan untuk bermalam di bilik lok4p berkenaan?

Pengalaman lucu yang dikongsikan seorang pemuda dikenali sebagai Amirul Firdaus di akaun Tiktok baru-baru ini membuatkan netizen geli hati.

Mana tidaknya, pemuda tersebut bersama rakannya mencuba satu bilik unik berkenaan lengkap dengan dawai kawat, pintu geriji, televisyen dan tandas.

Bilik pula jenis bujang dan bertingkat.

Video pendek berdurasi 31 saat itu membuatkan ramai teruja apabila ruang dekorasi bilik yang boleh memuatkan dua orang itu nampak kemas dan cantik.

Sepadan dengan tema bilik penj4ra, kerusi santai berwarna belang hitam putih dengan dinding tembok bata merah kena dengan suasana.

Apa yang melucukan, gelagat Amirul Firdaus bersama rakannya yang tergelak besar sebaik sahaja melihat bilik tersebut.

“Update hari ini, alhamdulillah kita orang sudah habis tahanan dan dah habis rem4n.

“Keadaan bilik air ada shower, ada paip, sinki dan pintu, yang penting ada pintu,” katanya.

Video:

@amirulfirdaus96

8 #fyp

♬ bunyi asal – Ozy – Ozy

Tidak hanya bilik berkonsepkan lok4p ditawarkan premis yang terletak di Kota Tinggi, Johor berkenaan, malah terdapat bilik lain.

Antara dekorasi kamar yang dikongsikan seperti bertemakan hantu, muzikal, pantai, lanun, hutan dan Jepun mewah.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian video pendek tersebut teruja melihat tema hotel yang lain daripada lain

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*