[VIDEO] “Sibuk nak pakai selipar ayah..” – Perkongsian Datuk Siti Sekali Lagi Buat Ramai Terhibur

Anak kedua penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa kini hampir mencecah umur 2 tahun.

Datuk Siti Nurhaliza juga sering berkongsi perkembangan serta telatah anak-anaknya di media sosial buat tatapan peminat.

Walaupun masih kecil, Afwa sering kali menjadi tumpuan ramai dengan kecomelan serta telatahnya yang menghiburkan.

Terbaru, perkongsian di Instagram @muhdafwakhalid sekali lagi menarik perhatian ramai dengan telatah Afwa yang menghiburkan.

Di dalam video, Afwa dilihat ingin memakai selipar ayahnya yang besar dan terus berjalan tidak menghiraukan walaupun kakinya terlalu kecil untuk memakainya.

“Sibuk nak pakai selipar ayah”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFWA KHALID (@muhdafwakhalid)


“Amboii, pandainya nak pakai selipar..terbalik”

Gelagat Afwa yang tidak menghi.raukan ibunya dan masih memakai selipar ayahnya itu membuatkan ramai warganet terhibur dengan kecomelannya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*