“Doa Yg Baik Baik,Cakap Yg Baik Baik,” –  Rebecca Nur Al-Islam Hamil Anak Kelima

Datin Rebecca Nur Al-Islam Binti Ahmad atau Becca merupakan artis kelahiran negeri Johor dari Malaysia. Beliau mempunyai d4rah kacukan Melayu,Jawa,Arab dan Cina. Beliau juga mempunyai lapan orang anak, termasuk dua orang anak angkat.

Sejak mendirikan rumah tangga jarang sekali untuk melihat Datin Rebecca Nur Al-Islam muncul di kaca televisyen mahupun menghiasi muka-muka akhbar dan majalah tempatan mahupun dalam drama atau filem.

Mungkin terlalu sibuk menguruskan rumah tangga yang telah dibina bersama suami, Dato’ Nur Azam Sulaiman sehingga tidak ada peluang untuk buat come back dalam bidang lakonan.

Terbaru menerusi laman instagram rasmi miliknya, Datin Rebecca Nur Al-Islam mengumumkan suatu berita gembira, dimana dia kini hamil cahaya mata kelima.

Menerusi hantaran itu, Rebecca memuat naik gambarnya menampakkan ‘baby bump’ beserta kapsyen ringkas mengiringi foto tersebut.

“Assalammualaikum From MummyBecca & Baby BamBam. Doa Yg Baik Baik,Cakap Yg Baik Baik,” tulis Datin Rebecca Nur Al-Islam di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 4.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Untuk makluman, Rebbeca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram rebeccanuralislamahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*