Nak rawat kos tinggi sangat… wanita biarkan saja kvlit muka berkedut, tua sebelum usia! Kunjungan ke klinik kesihatan ubah nasib

SEBELUM ini, tular kisah beberapa orang wanita yang mengalami masalah kvlit muka berkedut seperti orang tua gara-gara alahan sewaktu berbadan dua.

Namun kisah yang dihadapi wanita ini pula adalah sebaliknya, di mana masalah kvlitnya berlaku selepas beberapa tahun dia melahirkan cahaya mata.

Berkongsi cerita dengan mStar, Lyna Sabran berkata, keadaan kvlit mukanya didiagnos sebagai sebaceous gland hyperplasia (SGH).

“Muka saya sewaktu mengandung okay sahaja. Selepas bersalin anak ketiga, ia beransur-ansur jadi menebal dan berkedut. Saya tak perasan sangat tapi orang sekeliling yang tegur.

“Waktu mula-mula jadi, kvlit jadi menebal disebabkan sebum membengk4k bawah kvlit. Maknanya kvlit hasilkan minyak banyak, ia menebal dan kedut pun terbentuk.

“Saya fikir ia adalah kerana hormon dan ditambah dengan faktor genetik, sebab arw4h bapa dan ibu saudara pun ada alami situasi kvlit serupa, jadi saya kurang ambil kisah,” kongsi wanita berusia 37 tahun ini.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkata, bertahun-tahun dia menjalani hidup dengan keadaan kulit muka sedemikian tanpa masalah kerana ia tidak mendatangkan rasa s4kit.

kulit 2

Perubahan kvlit Lyna dalam masa sebulan selepas menjalani rawatan.

“Saya jenis yang peramah, extrovert… jadi saya tak terlalu memikirkannya. Pernah juga waktu keluar, ada orang panggil saya makcik. Masa itu terasa juga tapi tak ambil hati sangat.

“Dalam tempoh itu juga saya pernah bertanya kepada klinik kvlit swasta tapi kos rawatannya sangat mahal, mencecah berbelas ribu! Jadi hasrat nak rawat kvlit hanya dipendam sahaja,” ujarnya.

Sehinggalah Mei lalu, dia tergerak untuk melakukan rawatan selepas ramai pengikutnya di aplikasi TikTok menegur dan bertanyakan masalah kvlit yang dihadapinya.

kulit 3

Suami adalah antara individu yang memberikan kata-kata semangat untuk Lyna.

“Itu turning point saya tergerak nak buat rawatan apabila ramai sangat yang tanya. Nak dijadikan cerita, Mei lalu saya pergi ke klinik kesihatan (KK) sebab kurang sihat. Alang-alang, saya tanya doktor sekali tentang kvlit muka saya.

“Doktor di KK rujuk k3s saya kepada pakar kvlit Hospital Muar. Selepas buat biopsy, kulit saya didiagnos dengan SGH. Sekarang ni saya masih dalam rawatan… kena makan ubat jerawat kronik yang perlu diambil atas nasihat doktor,” ujarnya yang merupakan penjawat awam di sebuah kolej matrikulasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Hampir lima bulan menjalani rawatan, Lyna bersyukur kvlit wajahnya menunjukkan perubahan positif sehingga mendapat teguran serta pujian orang sekeliling.

“Saya muat naik video-video mengenai SGH di TikTok untuk berkongsi pengalaman dan juga menyebarkan mesej positif kepada mereka yang senasib. Ramai juga yang DM kongsi masalah yang sama.

kulit 4

Lyna merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

“Ada yang tak tahu macam mana prosedur nak buat rawatan di hospital kerajaan. Ada yang DM, mereka kata doktor macam tak ambil kisah, hanya minta tukar pencuci muka.

“Jadi saya harap, kalau doktor dirujuk kes seperti ini, bantulah mereka sebab tak semua orang berkemampuan nak pergi klinik swasta.

“Saya harap perkongsian ini boleh menimbulkan kesedaran bahawa SGH masih boleh diperbaiki. Dulu saya pun berserah… tapi nasihat saya, cubalah berusaha. Tapi saya buat bukan sebab nak cantik, cuma nak kelihatan normal seperti dulu, dan seperti orang lain,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*