“Persembahan Gegarvaganza Terbaik Setakat Ni..” – Jaclyn Victor dan Aina Abdul, Gandingan Penyanyi Terbaik Malaysia

Berikutan gegarvaganza minggu yang ke-5 yang berlansung malam tadi, tular video nyanyian Jaclyn Victor dan Aina Abdul menyanyikan lagu Cinta oleh Marsha Milan Londoh.

Semua sedia maklum, lagu tersebut amat tinggi dan tidak ramai yang mampu menyanyikannya dengan note asal seperti Marsha. Namun, ianya bukan perkara yang mustahil bagi dua penyanyi yang hebat iaitu Jaclyn Victor dan Aina Abdul yang terkenal dengan kemampuan mereka untuk menyanyikan lagu yang ‘high note’.

Video tersebut mendapat sebanyak 200 ribu tontonan dan 50 ribu sukaan. Di ruangan komen, ramai memberikan komen yang positif dan memuji nyanyian mereka. Tambahan lagi, rata-rata daripada mereka memuji Aina Abdul yang tidak ‘overshadow’ Jaclyn Victor sebagai peserta pertandingan tersebut.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)


Min memang minat betul-betul lah diorang dua ni. Kedua-duanya penyanyi yang berbakat dan gandingan mereka sudah tentu membuatkan netizen tergamam. Min doakan yang terbaik untuk jaclyn victor, moga terus hebat beraksi dan merangkul kejuaraan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinetronmalaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*