“Bang, lagi cantik dari bilik saya” – Bilik sekali ‘ofis’, bangun tidur terus mula kerja… ramai cembvru life pemandu treler

Treler sebagai sebuah kenderaan muatan berat bolehlah dianggap sebagai nadi ekonomi negara kerana tanpanya pasti operasi perdagangan akan tergendala.

Pemandu treler mengangkut segala bentuk barangan dari bahan mentah sehinggalah ke besi keluli pembinaan.

Justeru, wajar untuk golongan ini juga diangkat sebagai wira negara kerana jasa mereka selain perlu berdepan risiko ketika menjalankan tugas.

Sebuah video pendek yang tular di TikTok memaparkan sisi menyeronokkan kehidupan seharian seorang pemandu treler.

Dalam video tersebut dapat dilihat pemandu tersebut baru bangun dari tidur pada waktu pagi.

Dia kemudian mengemas ruang tidur yang terletak di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Walaupun ruang itu agak sempit, tetapi ia kelihatan kondusif dengan adanya katil yang mampu untuk memuatkan seorang lelaki dewasa.

Katil itu juga dilihat lengkap bercadar dan mempunyai bantal kepala serta bantal pelvk.

Selain itu, ruang kaki di antara katil dan papan pemuka mencukupi untuk membolehkan pemandu bebas bergerak ketika tidur.

Melalui video itu juga dapat dilihat pemandu berkenaan mempunyai dapur mini bagi memasak makanan seperti mi segera dan menjerang air.

Treler yang menjadi penggerak kepada ekonomi negara. -Gambar hiasan

Siling yang tinggi juga membolehkan pemandu untuk berdiri dalam keadaan biasa tanpa perlu menundukkan kepala.

Kelihatan di bahagian atas katil terg4ntung tuala yang mungkin digunakan pemandu untuk mandi di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Setelah selesai mengemas katil, pemandu itu terus melompat ke ‘pejabatnya’ iaitu kerusi pemandu, bersedia untuk menyambung perjalanan ke destinasi dituju, dipercayai ke Singapura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa yang dipaparkan itu rupa-rupanya dianggap satu kelebihan, malah ada yang cembvru dengan pemandu berkenaan kerana ramai yang harus bangun awal untuk bersiap pergi ke pejabat dan perlu meredah kesesakan trafik.

Manakala lelaki ini mempunyai ‘pejabat’ dan bilik tidur yang disekalikan dalam satu tempat.

“Bangun lewat tak apa kot noh (kan), stereng kita pulaihh (pusing),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk makluman, kebanyakan treler mempunyai kabin tempat tidur kerana pemandunya perlu memandu dalam jarak yang jauh sambil membawa muatan yang berat untuk sampai ke pusat penghantaran.

Kebanyakan treler mempunyai kabin untuk pemandu tidur di belakang. Gambar hiasan

Semestinya tidak berbaloi untuk pemandu menyewa hotel setiap kali mereka hendak berehat atau melelapkan mata dalam perjalanan.

Jika tidak berehat, pemandu boleh berdepan dengan Sindrom Tertidur Tanpa Sedar (microsleep) yang sangat berbahaya sehingga boleh mengakib4tkan kemal4ngan.

Sementara itu, konsep rumah bergerak untuk pemandu treler juga menarik perhatian netizen kerana ia memberikan perasaan seperti sedang mengembara.

Antara komen netizen kagum dengan rupa dalam treler.

“Bila la suami saya nak dapat lori macam ini, seminggu tak balik pun tak apa, syok ronda satu Malaysia.

“Teringin nak beli lori ni, boleh ronda-ronda lepas tu tidur dalam lori sahaja.

“Ini lori ke atau hotel nampak best juga,” antara komen warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*