Video kanak-kanak main dalam selut buat orang ramai rindu zaman kecil

Aksi sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bergelumang dalam selut di sawah padi untuk menangkap ikan membuatkan orang ramai terkenang nostalgia zaman kecil.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @dinmanusport68 menyaksikan kemeriahan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang menangkap ikan di sawah padi yang sarat dengan lumpur.

Situasi meriah itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di negeri Kelantan.

Rentetan daripada itu, video tersebut telah tular dan ditinggalkan pelbagai respon dan reaksi oleh orang ramai termasuklah terkenang akan memori ketika zaman kanak-kanak mereka yang bebas bermain dan beraktiviti bersama rakan-rakan.

Video:

@dinmanusport68

♬ เสียงต้นฉบับ – Din Man U Sport – Din Man U Sport

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa teknologi telah menyebabkan fasa dan aktiviti kanak-kanak sekarang telah berubah sehingga menyebabkan kanak-kanak zaman sekarang tidak selasak kanak-kanak zaman dahulu.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 2 juta tontonan dan 136.9k tanda suka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*