“Walaupun wajah tanpa perasaan,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak menari buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @leabaiduri, kelihatan beberapa orang kanak-kanak lengkap berpakaian sekolah sedang menari mengikut irama lagu Chicken Dance.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat salah seorang kanak-kanak tersebut yang terlalu fokus mengikut langkah tarian, sehingga menurut pemilik video, kanak-kanak tersebut dilihat seakan ‘tiada perasaan’ ketika menari.

“Walaupun wajah tanpa perasaan, kau tetap comel. ,” tulis @leabaiduri menerusi video.

Video:

@leabaiduri

Walaupun wajah tanpa perasaan, kau tetap comel. #masukberanda #healingitupenting #esokcuti #pastiterbaik

♬ Chicken Dance – Craig J

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 381.9k tontonan, 10.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok leabaiduri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*