“Macam nak mer0mp4k” – Kedai roti dah tutup, suami layankan isteri mengidam… sanggup ‘melutut’ depan pintu demi tunai hajat

DEMI cinta dan sayang terhadap isteri, seorang suami sanggup melakukan apa saja.

Ini termasuklah kesanggupannya untuk mendapat sesuatu yang diidamkan isteri.

Begitulah pengorbanan seorang suami untuk memenuhi permintaan isteri yang mengidam nak makan roti.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, seorang lelaki sanggup merayu untuk mendapatkan roti dari sebuah kedai yang sudah tutup pada waktu malam.

Walaupun pintu kedai (roller shutter) yang sudah ditarik hampir mencecah lantai, suaminya meminta jasa baik seorang pekerja kerdai bagi membeli roti di saat akhir.

“Kedai dah tutup tau (tahu) tapi dia layankan saya punya craving sampai sanggup buat macam ni.

“Staf tu dah closing (tutup) tapi suami cakap isteri mengidam sangat jadi dia pun okay saja,” tulisnya dalam video dimuat naik oleh Dhira.

Dalam keadaan seperti melutut dan membongkok badannya, si suami menjenguk ke dalam kedai di sebalik roller shutter yang terbuka sedikit.

Kemudian jelas terpancar kegembiraan di wajah si suami apabila berjaya memenuhi keinginan isteri tersayang selepas membeli roti sosej.

“Dah macam nak merompak. Terima kasih suamiku.” katanya yang merujuk keadaan suaminya seperti mengendap di depan kedai.

Bagaimanapun, video tersebut tidak dipastikan sama ada si isteri hamil atau sekadar keinginannya untuk menikm4ti makanan yang diidamkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Wanita itu hanya memaklumkan bahawa roti yang dibeli suaminya enak dimakan.

“Sedap. Kalau lalu situ bau roti semerbak,” katanya ringkas.

Ruangan komen dihujani dengan kata-kata pujian di atas sifat penyayang yang ditonjolkan oleh si suami.

Komen netizen di TikTok.

Rata-ratanya menjadikannya sebagai inspirasi bahawa setiap suami boleh membahagian isteri dalam pelbagai cara tanpa kemewahan.

“Tak susah pun nak bahagia. Jaga hati isteri, sekecil-kecil ni pun dah buat bahagia sangat. Semoga layanan suami ni sampai bila-bila buatmu adik.

“Bestnya dalam suami macam ni.

“Kalau orang lain aku rasa segan habis dah nak buat begini, sanggup tengok bini sedih dari kena uat benda memalukan.

“Bahagianya diri ini bila disayangi,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*