Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @tiratiratirara, kelihatan seorang lelaki sedang bersenam di sebuah taman permainan.
Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat seorang kanak-kanak yang turut berada di taman tersebut, dimana dia selamba meniru cara lelaki berkenaan bersenam. Dia kemudian menegur lelaki berkenanan dan turut bersama-sama melakukan senaman.
“Tadi elok je lari-lari, nampak uncle exercise dia join pulak,” tulis @tiratiratiraradi ruangan kapsyen.
Video:
@tiratiratirara Kisah harini🤣
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 264k tontonan, 29.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok tiratiratirara
Leave a Reply