J4tuhkan iPad sampai skrin retak… adik letak surat, wang ‘korek tabung’ RM500 dan roti demi lembutkan hati kakak

KEBIASAANNYA, surat akan dikirim atau diterima oleh pasangan bercinta, tetapi lain pula halnya dengan wanita ini yang menerima ‘surat cinta’ daripada adiknya.

Wanita berkenaan, Lina Khalida Razali, 25 dari Jenjarom, Selangor berkata surat tersebut mempunyai kaitan dengan iPad miliknya yang retak ketika dia sedang bekerja.

Dia yang merupakan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berkata peranti itu sering digunakan adiknya pada waktu lapang.

IPad yang retak ak1bat terj4tuh.

“Kejadian tu pada 10 Oktober lalu apabila adik saya, Amir sedang melompat-lompat atas katil bersama abangnya sambil pegang iPad.

“Selepas itu, dia tiba-tiba terj4tuh sekali dengan iPad tu.

“Walaupun dia pegang iPad tu dengan kuat, peranti itu tetap retak pada skrin,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Ibu kepada wanita yang mesra disapa Lina ini kemudian terus telah menghubunginya untuk memaklumkan bahawa adiknya, Amir Muhammad, 13, terj4tuh dan skrin iPad miliknya mengalami sedikit keretakan.

“Saya rasa terkejut dan tertanya-tanya apabila ibu memaklumkan tentang kejadian tu dan iPad saya cuma ‘retak sikit’.

“Disebabkan ibu cakap sikit sahaja yang retak, saya tak fikir sangat sebab sedang bekerja,” ujarnya.

‘Surat’ yang diberikan oleh Amir kepada kakaknya.

Selepas Lina pulang ke rumah dari tempat kerja selesai syif malam, dia melihat adiknya meletakkan sepucuk ‘surat’, wang bernilai RM500 dan roti sebagai tanda permohonan maaf bersama iPad yang retak.

“Kakak, nanti kami (Amir dan abangnya) akan cerita kejadian yang berlaku selepas pulang dari sekolah. Maafkan kami, kakak,” demikian permohonan maaf yang ditulis dalam ‘surat’ pemberian adiknya.

Lina tidak menyangka adiknya akan memberikan duit dan surat tersebut kerana pada masa itu, dia belum sempat bertanya apa sebenarnya berlaku.

Ditanya tentang perasaannya melihat skrin iPad retak agak banyak, dia mengakui hanya mampu ketawa dan tidak marah, malah menganggap tindakan adiknya sebagai lucu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Lina berkata, selepas kejadian itu adiknya kelihatan agak takut dan hanya bersembunyi daripadanya sehinggalah dia mula bertanya tentang iPad miliknya itu.

“Duit itu saya simpan sekejap dan kemudian pulang semula kepada adik. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk dan berterima kasih sejurus menerima semula wang tersebut.

“Duit itu memang hasil simpanan yang dia terima semasa Hari Raya, dia memang suka menabung,” katanya.

Sejak kejadian itu, Lina berkata Amir tidak lagi menggunakan iPad tersebut dengan kerap walaupun ia masih boleh digunakan.

Antara komen netizen di TikTok.

Video yang tular itu mendapat 130,000 tontonan, dan 7,000 tanda suka.

“Saya gembira dapat kongsi cerita dengan orang lain, dan netizen pun terima kisah ini tanpa kritikan,” ujar Lina ketika ditanya tentang perasaannya setelah video dimuat naik tular di media sosial.

Ramai warganet juga terhibur dengan adik Lina yang sangat jujur atas kesilapan dilakukan.

“Wah, siap bagi duit. Nampaklah mereka sangat jujur.

“Kalau saya mesti tak sanggup nak marah, duit pun akan dipulangkan sebab dia berani mengaku salah.

“Nak marah pun rasa serba salah kalau dapat surat dan wang gantian seperti ini,” demikian antara komen netizen di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*