Dapat suami iras Zlatan Ibrahimovic, g4dis ini cerita liku-liku nak kahwin pak Arab… 4 tahun ambil masa pujuk keluarga

ADA benarnya pernyataan yang mengatakan jodoh tidak mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.

Pertemuan dan persahabatan yang terjalin akhirnya boleh menyebabkan hati saling bertaut.

Begitulah pengalaman yang dilalui Syarifah Aaqilah Alaydrus, 26, apabila teman sehidup sem4tinya merupakan seorang jejaka dari Yaman.

Dalam satu video tular di TikTok, Syarifah yang senang disapa sebagai Syaff berkongsikan istiadat konvokesyennya di Universiti Lincoln sambil ditemani suaminya.

Syaff dan suaminya, Syed Ahmed Baalawi, 29, bertemu ketika mereka masih bergelar mahasiswa di institut pengajian berkenaan dan selamat menjadi suami isteri pada bulan Mei tahun 2021.

“Cara saya jumpa dia mungkin mirip macam dalam drama televisyen. Waktu tu saya dan kawan nak balik kolej, tapi tengah hujan lebat dan ada satu payung je.

“Jadi saya cakap dekat kawan saya tu ambil je payung saya tak apa. Waktu tu juga Syed Ahmed ada dekat situ dan dia tengok dari jauh.

“Dia macam tertarik dengan apa yang saya buat untuk kawan saya tu walaupun saya rasa benda yang saya buat tu kecil je.

“Kebetulan Syed Ahmed juga classmate kawan saya tu dan dia cakap dekat kawan saya yang dia berminat nak berkenalan dengan saya,” kata Syaff ketika dihubungi mStar.

Syaff pada mulanya menolak ajakan Syed Ahmed untuk berkenalan tetapi akhirnya terbuka hati selepas melakukan solat istikharah.

“Bila kawan saya beritahu mula-mula tu saya cakap tak nak sebab saya tengah belajar lagi waktu tu dan dia pun orang luar.

“Tetapi lepas saya buat solat istikharah, saya macam dapat petunjuk dan dilembutkan hati untuk jumpa dia.

“Kawan saya tu jadi orang tengah kalau setiap kali kami nak berjumpa, kami tak pernah berdua-duaan,” cerita Syaff yang merupakan seorang graduan jurusan perubatan.

Suami Syaff menunjukkan yang dia serius dalam hubungan tersebut apabila tidak lama selepas itu dia menzahirkan hasrat untuk berjumpa dengan ibu bapa Syaff.

Namun begitu, perjalanan tidak semudah itu kerana keluarga Syaff ternyata menentang habis-habisan hubungannya dengan orang luar.

“Dia jumpa abang saya dulu. Saya ada empat orang abang. Waktu tu mak saya s4kit.

Syaff melangsungkan perkahwinan dengan suaminya pada tahun 2021.

“Tapi memang tak mudah sebab keluarga saya ragu-ragu sikit dengan orang luar ni. Ada drama la yang berlaku, family saya memang tak setuju.

“Walaupun macam tu, suami saya tak mengalah. Dia jumpa setiap seorang abang saya satu-satu untuk yakinkan mereka. Makan masa empat tahun juga untuk selesai semua.

“Sebab family saya nampak effort suami saya tu, akhirnya mereka bersetuju dan kami berjaya disatukan,” kata Syaff.

Rumahtangga Syaff kini lebih setahun usianya, Syaff menceritakan bagaimana budaya suaminya di Yaman bertembung dengan gaya hidup masyarakat Melayu.

“Budaya saya dan suami memang ada beza tapi kami give and take, bertoleransi dan saling menerima.

Syaff berkata dia dan suami saling bertoleransi ketika berlaku pertembungan budaya.

“Pertama sekali budaya suami saya yang berbeza dengan kita dekat Malaysia, dia terkejut apabila nampak kita bercampur lelaki dan perempuan.

“Kalau dekat sana, macam dalam kelas kuliah contohnya, mereka diasingkan lelaki dan perempuan, tak akan pernah bercampur. Dia cakap pelik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Tapi akhirnya dia boleh terima juga la, sebab tempat kerja dia dekat klinik di sini pun memang semua bercampur,” ujar Syaff.

Menyentuh soal juadah makanan, Syaff menceritakan bagaimana suaminya tidak biasa untuk menjamah nasi sebagai sarapan pagi.

Menjelang tahun 2023, rumahtangga Syaff dan suami akan memasuki tahun kedua.

“Saya memang makan nasi untuk breakfast tapi lain pula untuk suami saya. Kalau suami saya dekat Yaman, dia sarapan macam roti dan cereal.

“Kami saling bertentangan dalam bab ni. Tapi sekarang lepas saya dah berjaya pupuk, dia dah boleh terima untuk makan nasi waktu pagi,” kata Syaff.

Seterusnya perbezaan yang paling ketara di antara Syaff dan suaminya adalah sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri.

“Kita dekat sini sambutan untuk Aidilfitri itu yang paling meriah. Tapi lain untuk suami saya, dia lagi bersemangat untuk kedatangan bulan Ramadan.

Suami Syaff hadir pada hari konvokesyennya.

“Apabila dah nak dekat Ramadan tu, dia akan buat banyak persiapan. Macam dia akan practise untuk bangun malam buat amal ibadah.

“Lebihkan bacaan al-Quran dan dia akan buat kenduri untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan,” cerita Syaff mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan perkongsian Syaff tentang jodohnya dengan lelaki Yaman itu.

Malah ada juga dalam kalangan netizen yang menyatakan wajah suami Syaff mirip penyerang AC Milan dan iaitu Zlatan Ibrahimovic.

Secara kebetulan Syaff memaklumkan bahawa suaminya turut meminati bintang Serie A itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*