“Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya,” – Ibu Syamsul Yusof

Selepas memberikan kenyataan balas kepada suaminya, Syamsul Yusof berhubung soal mambawa anak-anak keluar tanpa izin, perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian ramai pihak.

Antara yang turut sama memberikan respon berhubung isuu tersebut termasuklah ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail.

Respon tersebut ditinggalkan Fatima menerusi ruangan komen pada entri terbaharu menantunya itu di Instagram.

“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya ringkas.

Malah, titipan yang dipanjatkan itu turut mendapat reaksi balas yang pelbagai di kalangan netizen.

Petang tadi, Syamsul memaklumkan dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Malah, dia juga turut memohon Puteri Sarah untuk pulang ke rumah dan berhenti membawa anak-anaknya keluar tanpa izin.

“Puteri Sarah masih isteri saya, harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang.

“Sudah-sudahlah bawa anak keluar tanpa izin suami. Saya tak mahu orang cakap saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami,” kata Syamsul.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah pula mendedah bahawa Syamsul sebenarnya yang sering mininggalkan anak-anak dan isteri serta jarang berada di rumah.

“If Syaikhul dan Sumayyah can give statement to the court, they will say ‘Ayah yang bakali- kali keluar rumah, tinggalkan mama, abang dan adik. Not us. Where is ayah, selalu tak ada dekat rumah?

“@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me. Do not use Allah’s name to make you an angel di mata manusia,” tulis Sarah.

Malah menerusi perkongsian di Instagram stories, Puteri Sarah telah secara sinis menitipkan ucapan tahniah buat Syamsul dan Ira Kaza.

Katanya lagi, dia juga bakal membuat satu video pembed4han tidak lama lagi.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*