Belakang Tabir Kerana Cinta Itu Ada, Nabila Si4ng Ikan Keli Tarik Perhatian & Undang Lucu Netizen!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan g4dis kecil molek Nur Nabila Mohd Razli atau mesra disapa Bella, merupakan penyanyi yang cukup popular dengan lagunya seperti Katakan Saja, Cembvru, Permata Hati, Peluang Kedua dan banyak lagi.

Rezekinya di dalam bidang seni tidak hanya pada bakat nyanyiannya, malah kehadirannya di dalam dunia lakonan kian di terima ramai dan semakin menyegat.

Apatah lagi baru-baru ini Bella diberi kepercayaan untuk memegang watak utama  di dalam sebuah drama Kerana Cinta Itu Ada sebagai Nabila Aulia yang digandingkan bersama Aedy Ashraf sebagai Aisy Mateen.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Bella ada berkongsi satu rakaman video di sebalik tabir ketika di set pengambaran drama tersebut.

Tulis Bella di caption video berkenaan bahawa Aisy teringin untuk makan Ikan Keli Masak Lomak Cili Api.

Dapat dilihat juga melalui rakaman video tersebut memaparkan Bella nampak begitu cuak untuk menyi4ng ikan keli yang masih hidup dan diakui olehnya bukan mudah hingga menyebabkan Bella bertanya tip  kepada peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Aulia 🤍 Aisy Mateen (@nabila.razali)


Menjengah di ruangan komen, di lihat peminat dan warganet memberi respon kepada hantaran video tersebut dengan berkongsi pelbagai tip.

Antaranya ada yang menyarankan agar ditaburkan dengan garam. Tidak kurang juga menyarankan sebaiknya beli sahaja yang telah disi4ng, itu lebih mudah.

Pun begitu, tidak kurang juga menyakat Bella dengan usikan yang melucukan bila melihat reaksi Bella di dalam video tersebut yang seakan mengusap-usap ikan keli tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*