[VIDEO] Minta Maaf Sebab Gigit Jari Habib Ali Masa Bayi, Ramai ‘Cair’ Tengok Anak Betty Rahmad

Perkongsian pelakon Betty Rahmad atau Nursha Rahmad di TikTok yang memaparkan gelagat anak lelakinya iaitu Ardy Wira yang meminta maaf kepada pend4kwah Habib Ali menghiburkan warganet.

Gigit jari semasa tahnik

Difahamkan, Wira memohon maaf kerana dia secara tidak sengaja mengg1git jari Habib semasa proses tahnik dibuat ketika masih bayi.

Wira yang kini berusia empat tahun dilihat hadir bersama Betty dan suaminya, Ardy Damis, di sebuah majlis agama pada Khamis lalu sanggup menunggu hingga penghujung majlis untuk berjumpa dengan Habib.

Sebelum ni kami pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib. Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa Habib untuk minta maaf.

Teruja sehingga terlupa untuk berkata-kata

Sebaik sahaja Wira bertentang mata dengan Habib, jelas riak teruja di wajahnya sehinggakan terkedu untuk berkata-kata sebelum bertanya jika pend4kwah itu faham sekiranya dia bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Maafkan saya ustaz. Sekarang saya dah lupa apa yang saya perlu cakap. Ustaz boleh faham ke kalau saya bercakap dalam Bahasa Inggeris?

Pun begitu, dia tetap menyapa Habib dengan memberi salam dan meminta maaf mengenai ins1den gig1t jari semasa proses tahnik dibuat.

‘Comel sangat ni Wira!’

Meninjau di bahagian komen pula, rata-rata warganet ‘cair’ dengan kesopanan Wira dalam bertutur, malah ada juga yang memuji Betty dan suami dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Wira akan terus menjadi anak yang baik dari segi akhlak apabila meningkat dewasa nanti.

Video

@bettyrahmadali

MasyaAllah Tabarakallah Kalau tak kelakar tu bukan Wira la kan😂 Ceritanya macamni, sebelum ni kitorang pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari habib. Kebetulan masa kita pergi Tawfiq khamis lepas, habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa habib cakap sorry. Sampai habis majlis dia tetap tunggu taknak balik selagi tak jumpa habib. Dia ingat senang kot nak jumpa 😂 Kitorang pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib. Bila jumpa terus jam nak cakap Melayu 😂 Dah kenapa kamu tanya Habib faham english ke tak?! MasyaAllah #ardywira #4yearsold #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage

♬ Deen Assalam – Instrumental Piano – erfansukri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*