“Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Men4ngis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik

Bapa kepada penyanyi Sissy Imann, Mohammad Kamil Mustaffa, mended4hkan anak g4disnya itu setakat ini hanya duduk di dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.

Ia dipercayai susulan krit1kan keras yang diterima Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel daripada juri, Mas Idayu pada saingan minggu keenam Famili Duo, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Mohammad Kamil mengakui anak g4disnya itu seorang yang kuat.

“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga.

“Sissy seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” katanya.

Malah, Mohammad Kamil berkata juga tidak sangka ramai yang tampil memberikan sokongan kepada anaknya.

“Berlinang air m4ta ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya.

“Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya lagi, petik Harian Metro.

Dalam pada itu, Mohammad Kamil turut menafikan tindakan Sissy mahu bertindak menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London dengan harga RM20 sebagai gimik.

Jelasnya, apa yang berlaku baru-baru ini memberi impak besar terhadap anaknya itu dan dia sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat Sissy.

“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya.

“Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, persembahannya bersama Naim Daniel  menerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.

Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat men4ngis di atas pentas hingga tidak dapat meneruskan ucapan selepas diminta hos, Janna Nick.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*