“Ini Baru 10%,” – Bella Astillah Ded4h Tangkap Layar Perbualan, Tempel4k Kenapa Sophia ‘Lari’, Tak Datang Sidang Media

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mempersoalkan mengenai ketidakhadiran heroin drama episod, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakbah pada sidang media naskhah berkenaan, hari ini.

Kenyataan tersebut dikongsikan Bella menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?

“Kepada yang cakap saya fitn4h, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab  ianya sahih,” luahnya.

Menerusi hantaran sama, Bella turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu, dipercayai Sophia.

Antara perbualan tersebut termasuk permohonan maaf daripada individu terbabit selain mahu memperbetulkan keadaan susulan d4kwaan cubaan meng4nggu Aliff.

Dalam masa sama, dia turut merayu supaya hal ini dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Dalam pada itu, Bella akui dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut lagi, namun status yang did4kwa ditulis individu tersebut mengundang rasa kurang kepada dirinya.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi  bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia…Tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya lagi.

Bella menambah, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.

“Ini baru 10 peratus,” tulisnya lagi.

Terdahulu Aliff tampil mengulas d4kwaan ada wanita yang cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Dalam masa sama, Aliff turut meminta individu tersebut untuk mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan k0nflik yang berlaku.

Kontr0versi tercetus selepas ibu kepada dua cahaya mata itu mended4hkan seorang pelakon yang did4kwa berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*