Usahawan kosmetik ‘geli’ disuruh naik Wira, sampai bagi emoji mvntah hijau – “Eii tak nak la, pergi ambil Audi sayang”

Ramai usahawan kosmetik di Malaysia menjalani gaya hidup mewah selepas berhempas-pulas menaikkan jenama masing-masing.

Tidak terkecuali tentunya pengusaha produk kecantikan wanita ini yang sering tampil bergaya buat tatapan pengikutnya di media sosial.

Terbaharu, wanita itu menjadi perhatian ramai kerana dilihat tidak selesa ketika diminta menaiki sebuah kereta Proton Wira sejurus tiba di lapangan terbang.

wira2

Video wanita itu meraih jutaan tontonan di TikTok.

Dalam video tular itu, kedengaran suara seorang lelaki yang seolah-olah mengusiknya bahawa mereka akan menaiki kereta Wira yang sedang diparkir di tepi sebuah bangunan.

“Kereta kita dah sampai dah. Tu, Wira,” ujar lelaki yang merakam video itu.

“Eii tak nak la sayang. Pergi ambil Audi sayang, mana?” ujar wanita itu sambil memegang sebuah bagasi merah jambu.

Hidup ikut kemampuan nanti tuhan tarik balik rezeki tu.

NETIZEN

Lebih membangkitkan kemarahan netizen, wanita itu turut menulis kapsyen seolah-olah dia j1jik dengan kereta keluaran tempatan.

“Turun flight kena naik Wira, ewww. Paksa-paksa naik pula,” ujarnya yang turut meletakkan emoji muntah hijau pada video berkenaan.

Video TikTok itu sehingga kini menerima lebih 3.9 juta tontonan dan turut dihujani hampir 10,000 komen netizen.

Malah, ramai yang turut memberi pesanan bahawa setiap individu akan menaiki van jen4zah pada penghujung kehidupan mereka.

“Berianya alahai geli naik Wira. Kaya dunia sementara je la tak payah nak berlagak sangat.

“Hidup ikut kemampuan nanti tuhan tarik balik rezeki tu.

wira4

Selain TikTok, video wanita itu turut disebarkan ke laman Twitter.

“Nanti van jenazah juga kita naik.

“Naik keranda je la kalau macam tu,” tulis beberapa netizen yang rata-ratanya menulis komen dalam dialek Kelantan.

Selain dikecam di TikTok, video wanita itu turut disebarkan netizen menerusi Twitter sehingga ada yang memperkatakan tentang rupa parasnya.

“Tak padan dengan gigi berterabur,” tulis seorang pelayar Twitter.

Untuk rekod, wanita itu mempunyai lebih 630,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*