“Baru 6 Tahun Dah Pandai Masak Kuehtiaw Sendiri” – Gaya Adik Ini Memasak Tarik Perhatian Ramai

Mendidik kanak-kanak bermula apabila kanak-kanak masih di usia yang masih kecil, iaitu pada usia kanak-kanak yang boleh menerima apa yang diajarkan dengan lebih baik.

Ajaran ibu bapa yang terbaik adalah juga bermula dari dalam rumah dan sekolah, yang mana sejak kecik didikan ibu bapa yang membentuk akhlak kanak-kanak yang terbaik.

Semasa di rumah tidak dinafikan ramai ibu bala yang mengajar anak untuk berdikari seperti sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik di aplikasi instagram reels apabila seorang kanak-kanak lelaki yang sudah pandai memasak walaupun usianya baru 6 tahun.

Pada usia itu kebanyakan kanak- kanak lain masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk melakukan aktiviti harian tetapi adik ini sudah boleh memasak makanannya sendiri dengan mahir sekali. Setiap langkah masakan itu kelihatan sangat lancar seperti orang dewasa memasak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)


Mungkin kerana dirinya kerap memasak jadi masakan seperti kuew teow goreng yang dimasaknya itu kelihatan mudah baginya. Dah kecil sudah pandai memasak jadi nanti dah dewasa mesti boleh berdikari tanpa perlu membeli makanan dari luar. Makanan yang dimasak dari rumah ini lebih sihat dan tidak la was was untuk dimakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/yoynetwork/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*