[VIDEO] Kanak-kanak selamba ‘cover’ lagu Pasrah cvri perhatian ramai

Tidak semua orang memiliki bakat nyanyian. Tapi jika seseorang itu ada bakat menyanyi, diasah pula dalam kelas vokal tentunya boleh menjadi penyanyi hebat. Di negara kita ramai yang memiliki bakat nyanyian. Lihat sahaja video-video cover lagu orang lain. Hebat-hebat belaka!

Semua orang pastinya boleh menyanyi. Kalau menjengah ke media sosial kini, memang ramai yang berlumba-lumba menunjukkan bakat nyanyian mereka secara spontan. Namun tidak semuanya mampu mendendangkan lagu sambil menyelitkan emosi dalam suara mereka.

Terbaru menerusi laman Tiktok @cikliz, tular satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki lengkap dengan pakaian seragam sedang duduk di atas satu sofa.

Apa yang mencvri perhatian ialah kanak-kanak tersebut secara selamba menyanyikan lagu Pasrah yang dipopularkan oleh Damia, dimana umum mengetahui irama lagu ini sangat sukar dinyanyikan kerana memerlukan nada suara yang tinggi.

“Adoi ank bujang aku nie, mcm kecewa putus cinta je,” tulis @cikliz menerusi kapsyen video.

Video:

@cikliz

Adoi ank bujang aku nie, mcm kecewa putus cinta je 😜😜#Abgayit

♬ bunyi asal – Cikliz – Cikliz

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 295.4k tontonan, 22.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dan memuji nyanyian kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok @cikliz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*