Fikry Ibrahim Makeupkan Ibu Sebelum Bawa Jalan-Jalan Di Langkawi, Raih Perhatian & Pujian Netizen!

Pelakon Fikry Ibrahim seperti umum ketahui begitu sayangkan ibunya dan sering berkongsi momen bahagia bersama ibu tercinta di media sosial. Baru-baru ini, di lihat Fikry sedang bercuti ke Langkawi bertemankan ibu tercinta dan ianya mendapat respon positif daripada warganet.

Pun begitu apa yang lebih mencvri tumpuan netizen apabila melihat Fikry menyantuni ibunya yang meskipun berkerusi roda, namun sedikitpun tidak kekok menguruskan dan membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74 tahun ke lokasi menarik sepanjang berada di Langkawi.

Tidak dengan itu, gelagat ibu dan anak ini yang begitu penuh kasih sayang turut  mencuri tumpuan apabila di lihat Fikry sedang ‘menyiapkan’ ibunya sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi.

Video hero pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini dilihat mengenakan bedak dan lipstick sambil ibu tercinta berbaring begitu membuatkan ramai yang tersentuh hati.

Bukan itu sahaja, tidak sedikit pun menunjukkan kesukaran menyantuni ibu sepanjang bersiar-siar hingga dapat sama-sama merasai menaiki kabel untuk melihat keindahan Langkawi dari atas puncak tinggi. Begitu juga turut membawa syurga hatinya ke kedai jualan pinggan mangkuk dan beberapa lokasi menarik sepanjang berada di sana.

Video:

@afikryaibrahim

♬ original sound – afikryaibrahim – afikryaibrahim

Meninjau di ruangan komen ramai yang memuji tindakan pelakon kelahiran Kedah ini dalam menyantuni ibu tercinta. Rata-rata ramai yang tersentuh hati dan mendoakan Fikry mendapat keberkatan dan dianugerahkan syurga di akhirat kelak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*