‘Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik’ – Fizz Fairuz Suka Almy Nampak Berisi

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat semakin berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.

‘Saya suka dia begitu’

Tak dinafikan, ramai yang memberi saranan supaya ibu kepada empat anak ini menurunkan berat badan namun Fizz memberitahu dia akan terus menyayangi dan mencintai Almy malah dia tidak kisah dengan perubahan fizikal isterinya.

Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemvk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemvk).

Pelakon berusia 44 tahun itu juga melu4hkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sempurna dimatanya kerana mampu dan pandai menguruskan anak-anak dan rumah tangga.

Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?

Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan.

Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*