Sentiasa Senyum Bila Bangun Pagi & Suka Ajak Menari, Hana Ismail Kongsi Perangai Da’i Syed Selepas Kahwin

Tempoh perkenalan yang singkat sebelum mendirikan rumah tangga membuatkan pengacara, Hana Ismail begitu teruja untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai suaminya yang juga merupakan pend4kwah bebas Da’i Syed.

Jelas Hana, selain mempunyai perwatakan yang sangat penyayang, salah satu cara yang dipraktikkan oleh Da’i Syed untuk menyemai rasa cinta adalah dengan menari bersama isterinya.

Katanya lagi, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful juga suka semangat-semangat yang positif untuk memulakan harinya

“Dia suka berteman. Tak boleh sorang-sorang dan dia suka menari. Kadang-kadang dia ajak saya menari bersama di rumah. Dia ajar saya satu tarian daripada Hadramawt sampai saya dah pandai sekarang. Bila bosan-bosan, kita buka lagu dan menari.

“Da’i Syed juga ada tabiat yang suka senyum lebar bila bangun dari tidur pada waktu pagi. Kebanyakkan orang, mereka akan ‘monyok’ atau tiada mood tapi dia tidak. Dia sentiasa bersemangat untuk menempuh hari tersebut,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Hanna turut mended4hkan suaminya itu juga kerap berkongsi ilmu berkaitan agama.

“Selain menari, dia juga akan mengajar saya mendalami ilmu Bahasa Arab termasuklah penterjemahan. Pada mulanya saya macam tak minat tapi bila dia selalu ‘push’ saya, lama kelamaan saya jadi suka.

“Mungkin itulah tugas seorang guru. Dia juga akan bertanyakan soalan fikah dan tasmik bacaan Al-Quran saya,” kongsinya lagi.

Bagi Da’i Syed, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat peduli dan mengambil berat terhadap segala urusan hariannya.

“Hana pula, dia sangat suka beri perhatian kepada saya walaupun saya tak minta. Kadang kita tak nak minum pun, tapi dia tetap buatkan kopi.

“Dia juga seorang yang sangat penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Segala makan minum dan pakaian saya, dia akan jaga. Dia berniat untuk berkhidmat kepada saya,” kongsinya lagi.

Bercakap mengenai perkongsian ilmu, Da’i Syed memberitahu, dia tidak mempunyai masalah untuk mengajar Hana meskipun jurang usia mereka agak berbeza.

“Walaupun beza umur kami agak jauh, memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan dia ilmu. Apa sahaja ilmu yang dia suka, saya akan berikan kepada dia.

“Saya mahu bila dia menjadi pengacara atau menghadiri majlis-majlis ilmu, dia ada imput atau isi untuk disampaikan,” akhirinya.

Sekadar informasi, Da’i Syed dan Hana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Disember 2022 dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*