Main Indoor Playground Sampai Melompat, Badan Tunggang Terbalik, Netizen D4kwa Ira Kazar Tak Hamil

Sebelum ini timbul khabar angin yang mend4kwa isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu pelakon Ira Kazar dikatakan telah hamil.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai berita tersebut seakan terjawab selepas Ira berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia sedang bermain permainan indoor playground di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

Pada perkongsian tersebut, Ira dilihat begitu gembira dan teruja bermain permainan berkenaan sambil ditemani beberapa ahli keluarga.

Sementara itu, video tersebut telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok sehingga menarik perhatian wargamaya.

Rata-rata wargamaya sepakat mengatakan bahawa Ira sebenarnya tidak hamil apabila dia dilihat masih boleh melompat ketika bermain permainan tersebut.

Pun begitu, masih ada segelintir wargamaya yang menganggap Ira benar-benar hamil dengan meninggalkan komen yang mendoakan kesihatan Ira dan anak dalam perutnya.

Video:

@binafshasweet880609

#norainibasre #fypシ #binafshacontent #foryourpage90s #binafshasweet #dramasangat #fyp #irakazar

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Terdahulu, ayah kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam enggan mengambil peduli mengenai berita Ira yang dikatakan sudah hamil.

Malah, jelas Yusof, dia tidak mahu lagi mengulas mengenai isu yang terkait dengan Syamsul dan Ira.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*