Bermula Dengan Kisah Peti Sejuk, Kini Ramai Minta Buat Content. Rezeki Bertambah

Masih ingat lagi, kisah peti sejuk yang dibeli oleh seorang isteri setelah 4 tahun melayari perkahwinan. Reaksi dari suami wanita itu sangat mencuit hati malah caption yang ditulis pada video tersebut membuatkan ramai tersentuh.

Sejak dari penularan video tersebut di aplikasi TikTok, rezeki Nazira Nawawi dan keluarganya semakin murah. Ramai yang mengikuti akaun TikToknya membuatkan dia mendapat pelbagai tawaran untuk reviu produk.

“Saya mula bermain TikTok sejak awal-awal popular lagi. Dulu banyak share video fasal keluarga kecil saya secara suka-suka untuk kenangan.

“Tapi ramai mula kenal saya selepas upload video pertama kali beli sebuah peti ais. Masa tu saya buat kejutan dekat suami sebab peti tu sampai lebih awal dari tarikh sepatutnya.

“Video tu tular sebab ramai tersentuh dengan cerita kami. Reaksi suami masa tengok peti sejuk itu pun menyebabkan ramai follow akaun saya.”

Bercerita lanjut mengenai kandungan yang dibuat, katanya, rata-rata netizen yang mengikuti akaunnya suka melihat keletahnya dan suami, Niknirwan Nik Mohd Lizam, 25 bersama dua lagi anaknya.

Kata wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa ini, rezekinya mula bertambah apabila semakin banyak menerima tawaran reviu produk.

Malah, berkat usahanya yang berniat membantu meringankan beban suami, dia kini mampu menambah koleksi perhiasan barang kemas serta membantu keluarga.

“Followers bertambah sekelip mata sebab saya perasan mereka suka tengok Abi (suami). Mereka suka tengok keletah suami dan anak sulung kami.

“Saya tak kerja cuma sekarang banyak buat reviu produk untuk pendapatan bulanan walaupun tak tetap. Gaji pertama saya peroleh dulu saya gunakan untuk beli mesin basuh di rumah.

“Sekarang rezeki semakin bertambah sampaikan boleh beli emas hasil duit bekerja sendiri. Sedikit sebanyak dapat bantu suami dan hulur duit dekat keluarga,” katanya lagi.

Ditanya bagaimana menguruskan masa sebagai surirumah dan juga sebagai content creator di Tiktok, wanita ini mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun dia bersyukur apabila suaminya banyak memberi sokongan dan membantu terutama apabila mahu membuat content.

“Biasanya waktu siang saya banyak luangkan masa dengan anak-anak. Malam hari baru saya buat content. Kadang-kadang tu anak pun join.

“Saya bersyukur sangat suami banyak support. Kalau reviu yang memerlukan dia, Abi tak pernah menolak walaupun penat baru balik kerja. Tapi duit reviu saya terima dia tak pernah ambil pun.

“Saya juga tak pernah ada masa untuk diri sendiri sebab setiap kali nak ‘me time’, masa tu jugalah rasa rindu keluarga. Tapi tak setiap hari buat content, ada masa kami bawa anak jalan-jalan,” katanya.

Dalam pada itu, Nazira turut menitipkan pesanan buat netizen di luar sana terutama sekali golongan ibu yang menjana pendapatan menerusi media sosial sepertinya.

Jelasnya yang sudah berumah tangga lebih enam tahun, menerima kecaman juga pandangan negatif orang lain dalam ‘dunia TikTok’ memerlukan kekuatan dari segi mental.

“Saya masih belum layak kalau nak dijadikan role model orang di luar sana. Tapi apa yang boleh saya katakan pada mereka sedang membina keluarga, bersabar dalam menunggu rezeki Allah.

“Bagi saya, keluarga adalah rezeki terbesar dan anugerah terindah dalam hidup. Mereka merupakan ‘keluarga impian’ yang saya inginkan selama ni.

“Dari mula awal perkahwinan pun, kami dah cuba cipta semua ini. Sebenarnya bahagia tu datangnya dari kita bersyukur tentang apa yang ada dan kebahagiaan kita cipta,” ujarnya menutupi kisah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*