[VIDEO] Gelagat Jebat Jayden ‘bercerita’ pasal air Zamzam cvri perhatian ramai

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di laman Tiktok @noornabila00.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok itu, Jebat Jayden yang lengkap berpakaian kopiah dilihat berada di Tanah Suci Mekah dan secara selamba ‘bercerita’ mengenai air Zamzam.

Walaupun apa yang disebut agak susah untuk difahami, namun kepetahan Jebat Jayden berkata-kata rata-rata menarik minat netizen.

Video:

@noornabila00

Oooo macam tu ke ustaz? Dia boleh cerita pasal air zam zam pulak…. #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp

♬ original sound – Noor Nabila – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 766.8k tontonan, 7.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok @noornabila00

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*