‘Pertama Kali Menggunakan Medical Card & Insurans Sejak Tahun 2004’ – Fasha Sandha Anggap Kemal4ngan Sebagai Tanda Untuk Berehat

Pelakon Fasha Sandha berkongsi keadaannya di laman Instagram (IG) yang terkini setelah menerima rawatan ak1bat keced3raan pada mata kirinya yang dialami ketika menjalani penggambaran.

Mata kanan sihat sempurna

Menerusi hantaran di laman Instagram, Fasha, 38, memaklumkan keadaan mata kirinya yang semakin beransur pulih. Dalam pada itu, Fasha melu4hkan rasa syukur kerana memiliki mata kanan yang sihat dan sempurna.

Menurut Fasha, dia tidak mahu menunding jari kepada sesiapa dan menganggap kejadian ini sebagai tanda yang dihantar tuhan untuknya ‘berehat’.

Kepada yang bertanya keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan dar4h beku.

Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya.

Ujian untuk saya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Tambah Fasha, hal sebegini tidak dapat dielakkan kerana semua sudah cuba sehabis baik.

Apa kita boleh buat. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik tapi kemalangan tetap terjadi.

Saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.

Difahamkan, bintang drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu dibenarkan untuk keluar dari hospital pada hari ini setelah lapan hari bermalam di pusat rawatan.

Di kapsyen Instagramnya, Fasha meluahkan rasa syukur kepada doa-doa daripada orang terdekat dan menggangap hal ini satu ujian buatnya.

Susulan daripada itu, Fasha memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat matanya kirinya seperti sedia kala.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*