Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.
Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.
Sama seperti selebriti Fad Bocey, dimana semalam dia dan isteri iaitu Syaheera menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lapan tahun.
Menerusi laman sosial instagram, Fad menulis nukilan indah buat isteri tercinta iaitu Syaheera sambil memuat naik foto mereka sekeluarga untuk tatapan umum.
“14/3 genap usia 8 tahun bahtera rumah tangga kita,ddy doa kite berkekalan hingga ke jannah..terima kasih jadi isteri dan ibu yg baik utk anak2 kita, I LOVE U SO MUCH.
HAPPY ANNIVERSARY MMY @syaheeraarahman ,terima kasih utk hadiah yg indah jgk tahun ni,Alhamdulillah,” tulis Fad di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.
Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram fadbocey
Leave a Reply