Usia muda dah dipotong kaki sebab k4nser tulang, tak sampai setahun hidap b4rah paru-paru pula… pemuda pinjam semangat Ronaldo teruskan hidup

WAJAHNYA nampak ceria dan kehidupannya juga dilihat bahagia, tapi tiada siapa tahu dvgaan yang ditempuhinya.

Pemuda ini masih mengukir senyuman dalam video yang dimuat naiknya di laman sosial, mended4hkan dirinya sebagai pesakit k4nser.

Bagi Abdul Rahman Muhamad Rashidi, dia mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan ujian berat apabila didiagnosis peny4kit k4nser tulang ketika usia muda, pada 2021.

“Masa tu saya baru 23 tahun. Saya ni aktif bermain bola sepak dan futsal. Ia bermula apabila kaki kiri saya sakit di bahagian paha dan lutut.

“Ingatkan sebab cedera main bola. Tapi sakit tu berpanjangan sampai tak boleh tidur malam, kena makan ubat tahan sakit.

“Sampai satu tahap, saya pergi buat pemeriksaan di hospital, termasuk buat MRI (pengimejan resonans magnetik). Hasilnya, doktor beritahu saya ada ketumbuhan di kaki… saya menghidap k4nser tulang di peringkat awal,” katanya kepada mStar.

pesakit kanser ronaldo 13

Rahman menjalani rawatan di hospital.

Rahman yang kini berusia 25 tahun memberitahu, dia kemudian diberi pilihan untuk survival termasuk menjalani pembed4han memotong sebahagian kaki kirinya.

“Berat sebenarnya buat keputusan itu setelah berbincang dengan keluarga. Jujurnya masa tu memang saya men4ngis untuk melepaskan perasaan.

“Tapi saya reda dan bertawakal. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah nak uji dan hadirkan sesuatu yang lebih baik untuk saya,” ujarnya yang berasal dari Selangor.

pesakit kanser ronaldo 9

Selain bola sepak, Rahman turut aktif dalam sukan memanah.

Menurut pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Matem4tik Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah ini, selepas beberapa bulan menjalani pembed4han memotong kaki kiri, dia bertunang dengan g4dis pilihannya pada Januari 2022.

“Saya bernikah pada Mac 2022, syukur masa tu saya dapat ‘kaki baharu’ (kaki palsu) dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor.

“Jujurnya bukan mudah kerana paling menc4bar apabila berdepan dengan orang ramai. Saya segan nak jumpa. Dah dapat kaki palsu pun masih terasa malu,” katanya, namun bersyukur mendapat sokongan keluarga dan isteri.

Imbasan menunjukkan kanser merebak ke bahagian paru-paru.

Dengan hanya sebelah kaki kanan, anak kedua daripada enam beradik ini kembali aktif bermain bola sepak dan melakukan sukan memanah.

“Saya sebenarnya tak boleh lari dari dunia sukan, sejak sekolah rendah saya aktif bersukan. Saya kini menyertai pasukan para memanah di Pulau Pinang, selain turun padang main bola,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Namun siapa sangka pemuda yang kini menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang sekali lagi ditimpa ujian selepas disahkan menghidap k4nser tulang tahap empat.

“Hasil pemeriksaan susulan, doktor beritahu k4nser dah merebak ke paru-paru. Saya menjalani satu lagi pembed4han untuk membuang ketumbuhan sebelah paru-paru pada September 2022.

“Sekarang ni saya tunggu pengesahan sama ada perlu meneruskan kemoterapi atau melakukan satu lagi pembed4han. Apa jua keputusan saya reda,” katanya.

Isteri dan keluarga penguat semangat Rahman.

Rahman berkata, segala kekuatannya turut mendapat inspirasi daripada bintang bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo.

“Saya jadikan Ronaldo sebagai inspirasi untuk terus lawan. Seperti Ronaldo, dia tak pernah putus asa walau apa pun cab4ran dan usia semakin tua.

“Dari zaman Ronaldo berbadan kurus sampai dia jadi fit, semangatnya tetap nak menang. Apa yang saya boleh kongsi, sesiapa pun didiagnosis k4nser, janganlah putus asa.

“Jangan fikir k4nser hanya penyebab m4ti. Kehidupan perlu diteruskan,” katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan idolanya, Ronaldo suatu hari nanti.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*