[VIDEO] Syamsul Yusof Sentiasa Doa Jadi Suami Adil, Nafi Ira Kazar Tengah Berbadan Dua

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus yang mend4kwa isteri kedua kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang hamil.

Betul ke hamil?

Ketika ditemui OhBulan!, Syamsul menafikan khabar angin yang sudah tersebar meluas itu. Menurut Syamsul, 39, dia akan berkongsi berita gembira kepada umum sekiranya benar-benar terjadi.

Itu fitn4h.. saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah.

Tapi saya nak jelaskan memang Ira tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu.

Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya yang kini beristeri dua.

Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga.

Syamsul berkata demikian di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.

Minta terus bersabar

@ohbulanofficial

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus yang mendakwa Ira Kazar sedang hamil. #syamsulyusof #nafi #irakazar #berbadan #dua #hamil

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

@ohbulanofficial

Replying to @kak ria cookies Sebab kenapa Syamsul Yusof berdiam diri selama ini. #ohbulan #sembangentertainment #sebab #syamsulyusof #berdiam #diri #selama #kes #besama #puterisarahliyana

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Dalam pada itu, ditanya respon Ira apabila terus menerus dikec4m netizen. Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, dia menasihati Ira untuk bersabar serta solat lima waktu.

Semestinya sesiapa sahaja yang berada di tempat saya, dia atau Sarah sekali pun pasti akan terkesan.

Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian serta pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat.

Terdahulu, Syamsul memfailkan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, selepas empat tahun pergolakan rumah tangga.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mend4kwa Puteri Sarah berlaku cur4ng dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*