“Yang Penting Tutup Aurat, Tak Salah…,” – Vida Pakai Telekung Meleret, Ada Tanya Tak Kotor Kah?

Kemeriahan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila seluruh umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf masjid bagi menunaikan solat sunat terawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah pada malam Rabu.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ada berkongsi video ucapan bersempena kehadiran bulan Ramadan.

Dalam titipannya itu, Vida mendoakan agar seluruh umat Islam dapat merasai nikmat beribadah disepanjang bulan yang mulia ini.

“Assalamualaikum, salam Ramadan daripada saya. Semoga ibadah kita diterima Allah, diangkatkan darjat, diampunkan segala d0sa, diberikan kesihatan yang baik serta perlindungan dan hidayah.

“Kebahagiaan dan kekayaan di dunia serta akhirat,” katanya.

Bagaimanapun, selain daripada ucapan tersebut, antara yang turut menarik perhatian netizen adalah telekung labuh yang dikenakan oleh penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu sewaktu berkunjung ke Masjid Wilayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)


Telekung berkenaan dilihat amat labuh sehingga memakan banyak ruang. Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan telekung tersebut tidak praktikal untuk dipakai ketika solat jemaah.

“Tu kalau solat saf macam mana? Kena jarak ke? Ke boleh pijak je telekung tu? Kita ni bagus kalau ada niat yang baik bila nak buat sesuatu tapi buatlah sesuatu yang betul-betul ada manfaat pada kita dan orang lain.

“Tak mengganggu jemaah ke labuh-labuh tu? Pertama, menarik perhatian. Kedua, saf macam mana?

“Tak kotor ke kain meleret ke jalan nak bit solat tu?,” antara komen-komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga selintir pihak yang memberikan komen positif kerana merasakan telekung tersebut tidak mempunyai sebarang masalah asalkan menutup aurat dengan sempurna.

“Biarlah dia. Jangan asyik cari kesalahan. Bulan puasa kan.

“Ajar diri jangan pernah buruk sangka. Saling mendoakan.

“Yang penting tutup aurat. Tak salah pun. Kalau ketawa baru tak sah. Mengundang d0sa,” antara komen-komen netizen.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Vida telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.

Sebelum ini, nama Vida hangat diperkatakan netizen gara-gara mengenakan stail telekung yang hampir sama sewaktu menghadiri acara Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*