“Kecik kecik dah kapla,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak berjalan buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Jika ditelusuri di media sosial, pelbagai perkongsian mengenai ragam pelajar dipaparkan sejak sesi penggal persekolahan baru dibuka, Isnin lalu.

Masih lagi berkisarkan mood minggu pertama sesi baharu, satu perkongsian yang dimuat naik seorang wanita baru-baru ini meraih perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok menerusi akaun @intanmasekh memaparkan beberapa 0rang kanak-kanak berjalan di tepi sebuah dewan.

Apa yang mencvri perhatian ialah gaya beberapa orang kanak-kanak tersebut berjalan, dengan memasukkan kedua-dua tangan di dalam poket seluar.

Replying to @TK iyeee, jalan gaya ajet2 mcm budak dh besar tangan masuk kocek lepastu tegur member sebelah selamba,” tulis @intanmasekh di ruangan kapsyen.

Video:

@intanmasekh

Replying to @TK iyeee, jalan gaya ajet2 mcm budak dh besar tangan masuk kocek lepastu tegur member sebelah selamba😂 #backtoschool #masuksekolah2023 #haripertamasekolah

♬ suara asli – LYRICS – LYRICS

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 853.8k tontonan, 46,2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut..

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok intanmasekh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*