Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa rindu untuk bertemu dua cahaya matanya, Muhammad dan Aurora.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menyatakan isi hatinya itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Video tersebut merakamkan detik manis Farid bersama anak-anaknya ketika mereka sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini.
“Rindunya pada mereka Ya Allah… Sampaikan Pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,” coretnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar masalah rumah tangga antara Farid dan isterinya, Diana Danielle dapat diperbaiki.
Mereka juga turut mendoakan agar segala dugaan dan urusan yang dihadapi oleh keluarga kecil ini juga dipermudahkan.
View this post on Instagram
Terdahulu, berita kemelut rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan c3rai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbal4han berpanjangan).
Permohonan c3rai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi Isnin. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan c3rai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply