Jarang jumpa Amyra Rosli dirumah, gelagat Amar Baharin buat ramai ‘melting’

Pelakon, Amyra Rosli bukanlah calang-calang anak seni yang mana penangan lakonannya dalam beberapa drama berjaya membuatkan dia antara selebriti wanita yang sering menjadi sorotan penonton drama tempatan di media sosial.

Umum diketahui, pelakon drama Nur ini juga merupakan pengacara rancangan Nona. Melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan, Amyra Rosli semakin berkembang dalam dunia hiburan tanah air sehingga sering mencvri tumpuan ramai.

Sekadar info, Amyra Rosli telah berkahwin dengan pelakon, Amar Baharin dan kini bahagia bersama sepasang cahaya mata mereka. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga antara yang disenangi ramai kerana Amar Baharin mahupun Amyra Rosli jarang terpalit kontr0versi.

Terbaharu, orang ramai cair pula melihatkan bagaimana sweet Amar Baharin terhadap isterinya ini. Menerusi muat naik Amar Baharin, gelagat dirinya terhadap Amyra Rosli membuatkan ramai tertarik dimana mereka yang dikatakan jarang berjumpa dekat rumah, jadi sempat dia mengusik isterinya dengan cara ini.

Video:

@amarbaharinofficial

Salam Ramadan Nona @Amyra Rosli #amyramar #fyp @TV3Malaysia #nonatv3

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Muat naik video pendek itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen yang mana warganet juga mendoakan rumah tangga pasangan bahagia ini kekal sehingga ke Jannah.

“Sweetnya diorang dua ni, semoga kekal hingga jannah… dan dilindungi dalam rahmat Allah”

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://syor.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*